Dua keluarga berhadapan dengan detik cemas apabila rumah sewa yang didiami mereka ditimbus tanah runtuh ketika hujan lebat di Kampung Mela, dekat Lipis.<br /><br />Seorang pekerja balak, Abdul Aziz Idris, 51 tahun, berkata, kejadian kira-kira jam 7. 30 petang semalam itu berlaku ketika dia dan keluarganya sedang berehat menonton televisyen selepas menunaikan solat Maghrib.